Friday, November 5, 2010

hati ini yg dilukai


ada banyak benda yang berlaku sejak dua tiga bulan ni, terlalu banyak benda yang berlaku sampaikan aku rasa benda yang berlaku dua tiga bulan yang lepas tu makin terhakis dalam hati. hati ini sudah menerima hakikat bahawa sebenarnya, titik jodoh aku masih belum aku temui..perasaan itu sudah hilang, lansung tidak ada, tidak ada lagi cinta untuk dia yang pernah datang sebentar dlam hidup. benarlah, kesakitan aku mula pudar dan hilang sedikit demi sedikit.tapi tidak pernah hapus lansung. luka yang dalam itu kesanya tidak pernah hilang malah meninggalkan parut yang sangat sakit bila diingt atau teringat semula..aku akan membenci balik semua sakit 2.siapa sangka dia mengajar aku apa itu sebenarnya erti setia..setia means?buang karan..hehe itulah maksud setia yang sbenarnya. terus terang setakt aku rasa aku ja yang agak bengap bila bab hati..mudah sgt org mainkan..kenapa agaknya?kerana setialah aku senang ditipu…sebenarnya bila fikir balik setia ini tidak bermakna apa2. kalau aku setia,couple aku yang bermasalah…benda ney lama uda berlaku dgn aku..very unlucky me kan.tiga kali couple..last2 im hurt..hehe how stupid

kalau ditnya lelaki macamana yg aku cari..dia biarlah orang yang sederhana dari semua aspek,aku tidak pernah cari orang berharta untk dijadikan couple or suami cukup dia sederhana orangnya. yang penting bila solat bersama dia jadi imam di hadapan,untuk aku dan my future generation.bnyk2 aspek yang aku tekannkan hanya pengetahuan agamanya yang baik. solatnya yang terjaga,cintanya yang bersih, dan rasa bertanggungjawabnya yang menebal. mukanya bersih dan tidak lekang dengan senyuman. kerana itulah, lelaki bnyk yg ambil itu sebagai satu kelemahan aku, senang hati ini terusik bila mendengar lelaki memberikan peringatan agama tapi sebenarnya punya niat untuk memenangi hati aku…. tahu tak?lelaki yang pernah kita jumpa dan bercouple n putus sebenarnya lelaki itu adalah lelaki gred D.yang memang sangat tidak baik bagi Allah kepada kita. sebagai hamba aku redha dengan apa yang Allah berikan.malah aku bersyukur padaNya kerana dibuka kan mata ini agar cepat sedar yang mereka sebenarnya hanya mahu menghanyutkan wanita agar berpaling tadah akan cinta sejatinya Allah.

ada insan sebenarnya..sudah datang dalam hidup in tetapi hati ini dibelenggu dengan perasaan serba salah mahupun perasaan tidak yakin. aku tidak tahu lagi sejauh mana ikhlasnya mereka2 ini untuk menjadikan aku suri dalam hidup. adakah sebenarnya datang untuk mempermainkan lagi perasaan yang mudah ditipu ini seperti dulu kala. atau sekadar menjadikan diri sebagai calon simpanan yang akhirnya dibuang bila tiba penamaan calon untuk diundi heh..aku lansung tidak tahu, memberikan cinta lagi kepada orang seolah2 satu racun yang sengaja aku suntik dalam diri. sengaja untuk membunuh diri lagi, aku mohon cukuplah jika sebenarnya kedatangan mereka2 itu hanya untuk menambahkan lagi sakit yang pernah dibuat. sakit yang kini baru hendak sembuh janganlah sakitkan aku lagi..aku tidak redha dengan perbuatan itu lansung. jika perlu aku akan tuntut di akhirat aku akan buat tapi..biarlah Allah lebih mengetahui bukan..

hampir setiap kali selepas bersolat doa terakhir yang aku hembuskan di bibir agar Allah ketemukan aku jodoh dengan lelaki yang baik, yang menyintai aku kerana Allah, yang nanti menjadi imamku saat kami bersolat…doa itu tidak pernah lansung lekang tiap kali duduk berdoa disejadah…air mata ini tidak pernah lekang agar Allah menjadikan aku wanita yang tabah menempuhi dugaanNya. hati ini yang dulunya keras menjadi sukar bila ia lembut..mudah disakiti dan diserang. padaNya aku meletakkan harapan agar semua kesakitan ini terbalas..dan semua kesakitan ini diberikan kebbaikan pada hambaNya yang hina.

jauh disudut hati.masih ada ruang untuk aku memaafkan tiap luka yang pernah aku lalui..malah benarkan lah aku hidup bahagia. jangan sakiti aku lagi..benar aku tidak redha. berhentilah melukai hati wanita yang tulus menyinta..jangan lukai mereka.

“Ya Allah,Tuhanku yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasihani”

Kau kurniakanlah keatas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan kurniaan tertinggi sekali, Rahmatilah ahli keluarga Baginda dan Sahabat Baginda. Kerana merekalah aku mengenal DiriMu Ya Rabbi…

Kau rahmatilah kedua ibu bapaku ini, ampunkan lah dosa mereka, kasihanilah mereka seperti mereka mengasihaniku sewaktu kecil…jauhkanlah mereka daripada fitnah yang tidak baik, jauhkah lah mereka dari kesusahan dunia da akhirat..aku bermohon padaMu ya illahi..

Rahmatilah ahli keluargaku agar mereka tidak melakukan kesilapan dosa, bukalah hati mereka dengan hidayahMu,jgnlah ada perasaan dengki itu lagi dalam hati mereka. janganlah ada perselisihan itu lagi dalam diri mereka, berikan mereka kekuatan agar terus berdiri berpaut antara satu sama lain aku bermohon Ya Rabbi..

Rahmatilah sahabat handaiku ya Alah agar mereka tidak hanyut dengan dunia ini lagi..dunia yang penuh dengan penipuan ini sangat melemaskan. jangnlah biarkan kami hanyut dengan keindahan dunia..dan rahmati juga seluruh Muslimin dan Muslimah di dunia samaada masih hidup atau meninggal dunia..

Ya Allah..aku ini hambamu yang hina, terlalu mudah hanyut dengan dunia, telalu mudah lalai dengan keindahanya..aku mohon ya Allah,berikan aku kekuatan untuk terus berdiri tabah dengan dugaan2 yang berlaku. janganlah biarkan aku melenting dibisik syaitan agar membencimu Ya Allah…jangan biarkan aku hanyut.

Ya Allah..berkatilah aku hidup dengan ilmu dunia dan akhirat, mudahkanlah aku dicintai oleh manusia dibumiMu. bukalah pintu rezekiku agar rezeki ini mampu kukongsi dengan mereka yaneg memerlukan. Ya Rabbi..pertemukan aku jodoh dengan lelaki yang baik, yang cintanya kepadaku keranaMu ya Rabbi,yang nanti menjadi petunjukku saat aku memerlukan,yang menjadi imamku saat kami bersolat bersama..yang hatinya ikhlas menjadikan aku suri dalam hidupnya.

Ya Rabbi..perkenankanlah doa ini..

Amin Yarabbal Alamin…(^_^)



today i feel so happy