Wednesday, February 9, 2011

My Mom





^-^
rasanya.. semua orang ada ibu kan kan?
this is my mom, the person whom willing to sacrifice herself to give birth of me. masih ingat lagi bila tiap kali time nakal2 dulu mama bilang aku bukan lahir dari buluh tapi penat dia mengandungkan aku 9 bulan e2 masih terasa. bila jak aku memberontak time kici2, dia selalu cakap tunggu jak masa aku beranak nanti taulah aku camana  susah kasi besar aku. mengakulah juga aku ney kadang2 nda berkupingnya mama hehe e2lah bilang dia meradang habis kena cuci. 
tapi bila mendewasa ini, barulah aku faham jiwanya. mungkin aku belum ada anak tapi aku mengerti perit jerih dia membesarkan aku. aku kira untung juga pasal yalah anak bongsu kan, jadi aku memang rapat sama mama. dia selalu backing aku waktu kici dulu. bila orang lain marah lagi2 kakak...my mom jadi penyelamat. sampai aku mendewasa ney even kadang2 ada benda adaik beradik lain bengang mesti keluar juga :'mentang2 anak bongsu" hahaha jaki sangat lah e2. siapa suruh menjauh ma mama, sendiri juga kan yang x pandai jaga hatinya. hati wanita macam mama ney jenis yang sentiasa ingat perangai anak2nya. siapa jak anaknya dalam keluarga dia sentiasa akan ingat. hari ney aku rasa bersyukur sebb even my mom lahirkan aku dalam usianya yang agak lanjut aku bersyukur padaNya sbb aku x cacat atau x sihat. yalah, risiko melahirkan anak masa lanjut sangat tinggi sampaikan aku cakap dengan mama kenapa dia sanggup lagi lahirkan aku sedangkan beza aku dengan kakak sulung 30 tahun bezanya. dia sekarang uda lewat 50an. nah, tgklah punya lah aku rasa bersalah dilahirkan didunia dengan memberi risiko pada mama. tapi inilah ketentuanNya. sebagai hamba aku bersyukur sbb aku masih mampu peluk mama tiap hari. aku cuma hairan adakah sukar ahli keluarga aku yang lain buat hal yang sama macam aku buat.... bila mama lebihkan aku aku kah yang salah? sedangkan mahu peluk mama secara spontan pun susah apalagi mau cium pipi macm aku buat. mama dulu senang jak mau cium peluk kita tapi bila uda dewasa..kenapa susah mau buat benda yang sama~~~emmm..

Hari ney aku cuma buat yang terbaik untuk dia. biarpun kadang2 dia pandai marah tapi aku biarkan saja sebb aku x tau siapa antara kami yang di jemput olehNya dulu. biar akhirnya aku x menyesal. aku x mampu bagi dia duit tapi sekurang2nya... aku menyenangkan hatinya~~~ mama aku sayang mama~~~ terima kasih kerana uda melahir, merawat dan menjagaku~~

Ya Allah, ya Tuhanku...aku bermohon padamu ampunkanlah dosa kedua ibubapaku bersih seperti mana bersihnya aku semasa lahir daripada dosa. lindungilah mereka dari api neraka~~~

Amin 

Monday, February 7, 2011

hawa~~~~

berhari2 aku berfikir, adakah suau hari nanti aku juga akan mencapai hasrat yang aku mahukan? terasa mau merubah kearah yang lebih baik. terasa diri ini terlalu lewat mahu berubah. setiap kali terasa mahu mengejar yg benar...

Ampuni aku

dahi2 kita~~~^_^

 
 I think kita2 ada perwatakan sendiri kan~~~~agak2 korg ada ka dahi2 korg sini hehe ^_^
 
 
 
 Dahi Jendol

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar

Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi

Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’

Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’ bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!